(https://hkp.moh.gov.my)

Majlis Tilawah Al-Quran & Festival Nasyid JKN Sabah
Seminar Nilai-Nilai Murni Zon Pedalaman Bawah Sabah 2015
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 04-Apr-2015

Pada 3 dan 4 April 2015, Hospital Kuala Penyu, dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bersama dengan PERKIPS Cawangan Kuala Penyu telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Seminar Nilai-nilai Murni Zon Pedalaman Bawah bagi Tahun 2015 bertempat di Dewan Dato' Shahbandar Makang, Kuala Penyu.

Penganjuran seminar ini merupakan satu penghormatan kepada hospital kerana telah diberi peluang oleh JKNS bagi menjalankan aktiviti penuh barakah ini. Penyertaan daripada kesemua tujuh (7) pusat tanggungjawab (PTJ) menunjukkan sokonan yang diberikan kepada aktiviti ini. Seramai 300 anggota yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa dan peserta bagi menjayakan seminar ini.

Seminar yang diadakan setahun sekali ini juga telah melibatkan kerjasama daripada PERKIPS induk dan JHAEINS Kuala Penyu bagi memartabatkan semua pengisisan program. Sepanjang dua hari seminar ini berlangsung penglibatan, penglibatan daripada Hospital Kuala Penyu, Hospital Beaufort, Hospital Keningau, Hospital Sipitang, Hospital Tenom, Hospital Tambunan dan Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort dengan usaha secara bersama dan profesionalisme yang tinggi memastikan pencapaian objektif kursus ini.

Penghargaan juga kepada Dr. Haji Razak Bin Tambi, Pengarah Hospital Queen Elizabeth II, merangkap Timbalan Yang Di Pertua PERKIPS Induk dan semua badan kerajaan di daerah Kuala Penyu yang telah memberikan kerjasama yang cemerlang sebelum, semasa dan selepas penganjuran seminar ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutama sekali Johan untuk Nasyid iaitu Kumpulan Wasilah dan Adik Rifanieda Hamirol @ Bobby Tempat Ketiga Hafazan Tahap 1 dari Perkips Cawangan Kuala Penyu

KEPUTUSAN PENUH

Hafazan Tahap 1 :

Johan - Nurfarisya Najihah Binti Sapdin ( Perkips Sipitang )

Naib Johan - Muhammad Hanif Majit ( Perkips Hospital Beaufort )

Ketiga - Rifanieda Hamirol @ Bobby ( Perkips Cawangan Kuala Penyu )

Hafazan Tahap 2 :

Johan - Nurul Afiah Md. Aziz ( Perkips Tenom )

Naib Johan - Mohd Wardanish Yahanis ( Perkips Sipitang )

Ketiga - Fahmizah Huzailah Zulkifli ( Perkips Keningau )

Bercerita Sirah Nabi :

Johan - Muhammad Hanif Bin Majit ( Perkips Hospital Beaufort )

Naib Johan - Laila Syaznna Jasrin ( Perkips Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort )

Ketiga - Azrina Izzatul Sulaiman ( Perkips Keningau )

Syarahan / Pidato :

Johan - Nursyahirah Juhairi ( Perkips Tenom )

Naib Johan - Nur Amira Bnti Mat Khamis ( Perkips Sipitang )

Ketiga - Halimah Sa'adah Ishak ( Perkips Tambunan )

Qari : Johan - Tamin Ali ( Perkips Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort )

Naib Johan - Salleh Rasul ( Perkips Sipitang )

Ketiga - Jaslim Payang ( Perkips Hospital Beaufort )

Qariah : Johan - Rijah Linah Kamarudin ( Perkips Hospital Beaufort )

Naib Johan - Faezah Kamdi ( Perkips Tenom )

Ketiga - Sandra Suparmin ( Perkips Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort )

Nasyid : Johan - Kumpulan Wasilah ( Perkips Cawangan Kuala Penyu )

Naib Johan - Kumpulan Al-Qassam ( Perkips Hospital Beaufort )

Ketiga - Kumpulan Qisya ( Perkips Keningau )

Laporan Disediakan oleh :

Fadzlyasraf Bin Shaari & Noor Suzilawati Robin
PERKIPS Cawangan Kuala Penyu