(https://hkp.moh.gov.my)

Kursus Kesedaran Denggi HKP 2015
Kursus Kesedaran Denggi HKP 2015
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 18-Mar-2015

Pada 19 Mac 2015, julung kalinya Unit Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Hospital Kuala Penyu (HKP) telah menganjurkan Kursus Kesedaran Denggi bil. 1/2015 yang bertempat di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu. Kursus ini bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya ancaman Denggi dewasa ini kepada peserta kursus khasnya dan anggota HKP amnya.

Kursus ini telah dihadiri seramai 50 orang peserta di kalangan anggota Hospital Kuala Penyu tidak mengikut gred jawatan. Penceramah pula terdiri daripada 4 orang Pegawai Perubatan UD 44 HKP sendiri iaitu bermula dengan Pengenalan Denggi hingga pencegahannya. Ceramah tentang Denggi ini bertujuan menambah pengetahuan dan kesedaran kepada peserta kursus tentang Denggi, tanda-tandanya, rawatannya, komplikasinya dan juga cara pencegahan Denggi. Ceramah Kursus Kesedaran Denggi ini juga turut diselitkan tentang Notifikasi dan Penguatkuasaan yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran daripada Unit RKPBV PKD Kuala Penyu.

Secara kesimpulannya,kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya dan sekurang-kurangnya semua peserta sedar dan faham tentang Denggi, simptom dan tandanya, komplikasi, rawatan serta pencegahannya. Kursus berakhir pada jam 5.00 petang.

Laporan Disediakan oleh :
Roslie bin Miasin
Penolong Pegawai Perubatan U 32 (KUP)
Hospital Kuala Penyu.