(https://hkp.moh.gov.my)

Hospital Kuala Penyu Pic + Logo
HKP Tempat Ke-3 Pertandingan 5S JKNSabah 2014
Category : Pencapaian | Published by Hospital Kuala Penyu on 09-Feb-2015

Sukacita dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah mengumumkan melalui surat bertarikh 5 Februari 2015 bahawa Hospital Kuala Penyu (HKP) telah berjaya mendapat tempat ke-3 untuk kategori Hospital dalam Pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S sempena Sambutan Hari Kualiti 2014 JKNS.

Lawatan penilaian oleh Pasukan Juruaudit 5S JKNS di Hospital Kuala Penyu dilakukan pada 18 September 2014 yang lalu di mana penilaian ini melibatkan agensi-agensi JKNS diseluruh Sabah

Johan pertandingan telah dimenangi oleh Hospital Kudat dan tempat ke-2 dimenangi oleh Hospital Kunak. Semua pemenang pertandingan layak menerima sumbangan pembelian alat-alat tulis dari JKNS bernilai RM1000 untuk Johan, Naib Johan RM500 dan tempat ketiga iaitu Hospital Kuala Penyu menerima RM250 selain piala dan sijil.

Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Hospital Kuala Penyu !!! Adalah diharapkan agar semua anggota HKP dapat meneruskan amalan 5S dan seterusnya berterusan dalam Penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) iaitu penjenamaan semula aktiviti 5S demi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selesa kepada pekerja dan juga pelanggan Hospital.