(https://hkp.moh.gov.my)

Jamuan Krismas CNY HKP Jan 2015
Jamuan Krismas, Tahun Baru, Tahun Baru Cina, Jasamu Dikenang dan Meraikan Anggota Baru HKP 2015
Category : Majlis Sambutan | Published by Hospital Kuala Penyu on 27-Jan-2015

Pada 28 Januari 2015 bersamaan hari Rabu bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Hospital Kuala Penyu (HKP), satu Majlis Sambutan Krismas, Tahun Baru, Tahun Baru Cina, Jasamu Dikenang dan Meraikan Anggota Baru Hospital Kuala Penyu telah diadakan. Majlis yang bermula 12.00 tengahari ini telah dihadiri oleh Pengarah Hospital Kuala Penyu Dr Esmar Bin Abdul Hamid berserta anggota Hospital Kuala Penyu dari pelbagai Unit.

Tujuan utama majlis ini adalah untuk merayakan anggota-anggota Hospital Kuala Penyu yang menyambut Krismas, Tahun Baru, Tahun Baru Cina dan meraikan anggota baru HKP dan tidak lupa bagi mengenang jasa semua staf yang bersara, berpindah dan meletakkan jawatan. Selain dari itu majlis ini juga bertujuan memupuk semangat perpaduan di kalangan warga Hospital Kuala Penyu.

Selain dari acara utama iaitu Jamuan Makan, majlis sambutan juga telah diselitkan dengan acara penyampaian hadiah dan sijil kepada yang diraikan. Disamping itu, acara pemotongan kek bagi anggota Hospital Kuala Penyu yang lahir pada bulan Januari turut diadakan.

Majlis bersurai pada kira-kira jam 1.00 tengahari dan telah berlangsung dengan ringkas, meriah dan harmoni.