(https://hkp.moh.gov.my)

Gotong Royong 21 Jan 2015
Gotong Royong Perdana di Taman Terapeutik HKP
Category : Program Hospital | Published by Hospital Kuala Penyu on 21-Jan-2015

Pada 21 Januari 2015 yang lalu, satu Program Gotong Royong Perdana telah diadakan di Taman Terapeutik Hospital Kuala Penyu. Gotong Royong ini telah bermula jam 2.15pm dan melibatkan anggota Hospital Kuala Penyu bersama pihak Khidmat Sokongan Hospital Faber Medi Serve. Antara yang hadir adalah Pengarah Hospital, Dr Esmar Bin Abdul Hamid serta anggota Hospital Kuala Penyu dari pelbagai Unit.

Gotong royong ini diadakan bertujuan untuk membersihkan kawasan dan menanam tanaman untuk menceriakan kawasan Hospital Kuala Penyu. Disamping itu, ia bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah dan mengeratkan silaturahim di antara anggota Hospital Kuala Penyu.



Selain daripada kawasan Taman Terapeutik HKP, program gotong royong juga diadakan di kawasan Unit Hemodialisis Hospital Kuala Penyu di mana aktiviti meletak konkrit dilaluan pejalan kaki kawasan tanah Unit Hemodialisis HKP telah dilakukan.