(https://hkp.moh.gov.my)

Perhimpunan Pagi Sep 2014
Perhimpunan Bulanan HKP Bil 9 2014
Category : Berita HKP | Published by Hospital Kuala Penyu on 25-Sep-2014

Pada hari ini 26 September 2014, Perhimpunan Bulanan Hospital Kuala Penyu (HKP) bagi bulan September telah diadakan bertempat di
Ruang Depan Taman Terapeutik HKP. Perhimpunan pada bulan September ini telah dikendalikan oleh gabungan 3 unit iaitu Unit Kualiti, Unit Rehabilitasi dan Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) HKP. Juruacara Perhimpunan pada kali ini adalah Sr Simpol Yussof.

Majlis telah dimulakan pada kira-kira jam 8.30 pagi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh PPK Roslee Brahim dan seterusnya nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Kami Sedia Membantu telah dinyanyikan oleh semua anggota HKP yang hadir. Selepas nyanyian tersebut, Encik Md. Rais Ag. Damit dari Unit Rehabilitasi telah memimpin semua hadirin dalam bacaan Ikrar Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Majlis Perhimpunan diteruskan dengan amanat oleh Pengarah HKP, Dr Esmar Bin Abdul Hamid, di mana beliau menekankan tentang pentingnya semangat bekerjasama, prihatin dan professional di kalangan anggota HKP. Sejurus selepas amanat Pengarah HKP, wakil dari Unit Farmasi PF Lee Wei Chuan telah menyampaikan Motivasi Pagi yang bertajuk Komunikasi Berkesan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Anugerah Pekerja Contoh Bulanan HKP di mana Cik Afizah Ismail dari Unit X-Ray, Puan Felicia Johan dari Unit Pengurusan dan PPK Cicilia Danuh dari Wad Perempuan Perempuan telah dipilih sebagai Pekerja Contoh bulan ini. Sementara itu, Unit Pengurusan, Unit Patologi dan Tabung Darah serta Unit Farmasi Pesakit Luar pula telah diberi penghargaan sempena mendapat status pelekat cemerlang semasa Lawatan Penilaian Pertandingan 5S oleh Juruaudit 5s JKNS pada 18 September yang lalu.

Selepas itu pula, Pelancaran Aktiviti MS-ISO 9001:2008 untuk Hospital Kuala Penyu telah dilancarkan oleh Pengarah HKP, Dr Esmar Bin Abdul Hamid. Pelancaran ini merupakan simbolik kepada komitmen Hospital Kuala Penyu untuk menuju ke arah Persijilan MS-ISO 9001:2008



Sebelum perhimpunan berakhir, sesi memperkenalkan diri untuk anggota HKP yang baru dan sesi pengumuman dari Ketua Unit telah dijalankan. Majlis Perhimpunan diakhiri pada kira-kira jam 9.15 pagi dengan jamuan ringan.