(https://hkp.moh.gov.my)

Kursus Akreditasi 2015
Kursus Akreditasi HKP 2015
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 11-Mar-2015

KUALA PENYU - Pada 10 hingga 11 Mac 2015 bertempat di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu, Kursus Akreditasi Edisi ke 4 Bil 1 2015 Hospital Kuala Penyu (HKP) telah diadakan. Kursus yang dianjurkan oleh AJK Akreditasi Hospital Kuala Penyu ini bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai akreditasi dikalangan anggota HKP. Kursus ini telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Unit dan anggota-angota Hospital Kuala Penyu yang terlibat secara langsung dalam proses Akreditasi Hospital. Tiga peserta dari Hospital Beaufort turut bersama-sama menghadiri kursus ini untuk menambah pengetahuan sebagai peserta jemputan.

Dr Ferous Alias iaitu Ketua Penolong Pengarah Kanan di Unit Pembangunan Perubatan di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNSabah) dan merangkap Penyelaras Akreditasi Hospital-Hospital di Sabah telah mengetuai pasukan fasilitator dari JKNSabah, Hospital Tenom dan Hospital Kota Belud dalam kursus ini.

Berikut merupakan senarai penuh barisan Fasilitator pada kursus tersebut yang terdiri daripada:Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus 2 hari ini adalah kerja berkumpulan dan lawatan ke Unit-Unit Hospital Kuala Penyu bersama pasukan fasilitator.

Di akhir kursus ini sedikit sebanyak, para peserta telah lebih memahami akan proses akreditasi Hospital dan juga lebih bersemangat untuk menghadapi Penilaian Akreditasi Hospital oleh Malaysian Society Quality For Health (MSQH) yang dijangkakan pada bulan Ogos tahun ini.

Laporan Disediakan oleh :
Lionel Michael Jominin
Hospital Kuala Penyu.