(https://hkp.moh.gov.my)

Kursus Budaya Korporat 2014
Kursus Penerapan Budaya Korporat dan Pengukuhan Soft Skill HKP 2014
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 27-Jul-2014



Tanggal 24 Mei 2014 bersamaan hari Sabtu, bertempat di Hospital Kuala Penyu (HKP) Kursus Penerapan Budaya Korporat dan Pengukuhan Soft Skill telah dianjurkan oleh Hospital Kuala Penyu dengan kerjasama Jawatankuasa Budaya Korporat dan Delighting The Customer (DTC).

Penganjuran kursus ini merupakan inisiatif baru HKP ke arah merealisasikan impian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membentuk budaya kerja berpasukan dengan berpaksikan kepada slogan bersatu menuju matlamat.

Kursus ini juga merupakan dapatan yang istimewa kepada warga kerja HKP kerana penerapan kaedah pembelajaran secara dua hala dan outdoor. Aktiviti –aktiviti yang dilakukan antaranya Membina Jambatan Kepercayaan (Building Agreement And Trust), Kenali Saya Kenali Anda (Knowing Me Knowing You) dan sebagainya. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Dr. Esmar Abdul Hamid, Pengarah HKP dan dijayakan bersama oleh Jawatankuasa Budaya Korporat & DTC, HKP.

Laporan Disediakan Oleh
Fadzlyasraf Bin Shaari
Pegawai Sains (Kimia Hayat) C41
Penyelaras Jawatankuasa Budaya Korporat dan Delighting The Customer (DTC)
Hospital Kuala Penyu (HKP)