(https://hkp.moh.gov.my)

Kursus Orientasi HKP 2014
Kursus Orientasi HKP 2014
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 13-Mar-2014

KUALA PENYU - Pada 12-13 Mac 2014 yang lalu telah berlangsungnya Kursus Orientasi bagi Kakitangan Hospital Kuala Penyu (HKP). Seramai 38 orang peserta telah menghadiri kursus yang dianjurkan AJK Budaya Korporat HKP. Peserta-peserta merupakan anggota Hospital Kuala Penyu (HKP) yang terdiri dari lantikan baru, anggota yang bertukar masuk ke HKP dan anggota senior HKP.

Antara tujuan utama kursus adalah untuk menerapkan elemen-elemen budaya korporat terutama moto utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kami Sedia Membantu dikalangan peserta.

Hari pertama ceramah telah dimulakan dengan sesi Ice Breaking di kendalikan En Fadzlyasraf Bin Shaari

Sementara itu, antara tajuk ceramah yang telah disampaikan pada hari pertama adalah seperti Pengenalan Hospital Kuala Penyu, 5 Services, Pengenalan Mengenai Persatuan yang terdapat di Hospital Kuala Penyu, Kualiti, myCPD Online Tuntutan Perjalanan, Tatatertib, Cuti, Kawalan Infeksi dan sebagainya.

Manakala pada hari kedua yang lebih memfokuskan kepada perjawatan Jururawat, ceramah yang disampaikan adalah seperti Pengenalan Nursing Audit, Aktiviti Kualiti Nursing Unit, NNIA, COPC, NORNA, Nursing Care Plan.

Ceramah-ceramah telah disampaikan oleh anggota senior HKP.