Pada 31 Julai 2013 yang lalu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) , Dr. Zuraidah Ahmad Babji yang diiringi oleh PJ Sania Laimba dari Unit Kejururawatan JKNS telah membuat lawatan penyeliaan ke Hospital Kuala Penyu (HKP).
Tujuan lawatan penyeliaan dari JKNS ini adalah bagi melihat melihat perkembangan pembukaan Unit Geriatrik dan Unit Paliatif di HKP pada bulan 25 Mac 2013 lalu serta serta Unit Hemodialisis yang bakal dibina di HKP.
Program telah dimulakan dengan taklimat mengenai Hospital Kuala Penyu yang telah disampaikan oleh Pengarah HKP, Dr Esmar Bin Abdul Hamid dan seterusnya amanat dari Dr. Zuraidah Ahmad Babji untuk HKP dan wakil Klinik Kesihatan Kuala Penyu yang turut hadir dalam program tersebut.
Program diteruskan dengan lawatan Dr. Zuraidah Ahmad Babji dengan diiringi Pengarah HKP, Dr Esmar Bin Abdul Hamid serta Ketua-Ketua Unit HKP melakukan lawatan ke Unit Geriatrik dan Unit Paliatif serta tapak pembinaan Unit Hemodialisis HKP.
Sebelum berangkat pulang ke Kota Kinabalu, sesi bergambar bersama anggota Hospital Kuala Penyu telah dilakukan sebagai penutup program.