Pada 11-13 dan 18-20 Jun 2013 yang lalu, Unit Teknologi Maklumat (IT) Hospital Kuala Penyu (HKP) telah menganjurkan Kursus Open Office. Kursus dalaman ini yang dibahagikan kepada 6 hari dengan peserta berlainan telah dihadiri oleh seramai 110 anggota dari pelbagai unit di Hospital Kuala Penyu.
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan Perisian Open Office iaitu Writer, Calc dan Impress. Open Office merupakan satu perisian percuma dan sumber terbuka mirip kepada Perisian Microsoft Office. Melalui penggunaan perisian Open Office, peserta-peserta telah didedahkan antaranya dengan penggunaan fungsi Mail Merge, membuat statistik dan carta serta membuat presentation.
Penceramah yang terlibat dalam kursus tersebut adalah PTM Lionel Michael Jominin dan PPTM Hardie @ Mohd Huzaifah Murshid dengan dibantu oleh fasilitator JTK Syarif Bin Abd Latif masing-masing dari Unit IT HKP.