Pelancaran Program 5S Hospital Kuala Penyu
Program Hospital
23-Mar-2013
3113 Hits
Pada 22 Mac 2013 yang lalu, Pelancaran 5s Hospital Kuala Penyu (HKP) telah disempurnakan oleh Pengarah HKP, Dr Esmar Bin Abdul Hamid sempena Perhimpunan Pagi Bulan Mac bertempat di ruang legar Jabatan Pesakit Luar HKP.
Pelancaran ini merupakan satu simbolik kepada permulaan aktiviti 5S diseluruh Unit Hospital Kuala Penyu bagi tujuan audit dan seterusnya mendapat Persijilan 5S dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang dijangkakan diadakan pada bulan Oktober 2013.
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.
Sementara itu, sempena pelancaran ini juga pemenang kepada Pertandingan Mencipta Logo 5s HKP yang telah dianjurkan pada awal bulan Februari telah diumumkan. Puan Chindara Puleh Bin Jinti dari Unit Pengurusan telah diumumkan sebagai pemenang. Hadiah pemenang berupa wang tunai telah disumbangkan oleh Pengarah HKP. Sijil penyertaan telah diberikan kepada semua yang telah menyertai pertandingan tersebut.
Pengarah HKP, Dr Esmar Bin Abul Hamid, dalam amanatnya mengingatkan agar semua anggota HKP untuk menjayakan aktiviti 5S di unit masing-masing sebagai aktiviti kualiti Hospital seterusnya mendapatkan Persijilan 5S pada akhir tahun.
Album Gambar

Pelancaran 5S Hospital Kuala Penyu | 22 Mac 2013. Gambar oleh Hardie.

Tags:
HKP
Kualiti
5s