Sambutan Hari Jururawat Daerah Kuala Penyu 2012
Majlis Sambutan
12-Jun-2012
6830 Hits
Pada 8 Jun 2012 bersamaan hari Jumaat yang lalu, Majlis Sambutan Hari Jururawat 2012 Peringkat Daerah Kuala Penyu telah diadakan di Lobi Utama Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Penyu bermula pada jam 9.00pagi.
Acara ini telah dianjurkan Persatuan Jururawat Sabah (SANA) Daerah Kuala Penyu dengan tema 'Closing The Gaping Evidence Based Into Action'. Objektif sambutan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan anggota dan mengutuhkan perasaan cinta terhadap profesion Kejururawatan.
Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital, Dr Esmar Bin Abdul Hamid. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti:
- Jualan Bazaar yang dikendali oleh anggota Hospital dengan gabungan bersama Klinik Kesihatan Kuala Penyu seperti jualan kuih-muih, pakaian, bahan mentah dan buku-buku.
- Acara pagi senaman aerobik yang diketuai oleh En Christian dari Unit Rehabilitasi Hospital Kuala Penyu
- Ucapan dari Pengerusi SANA Kuala Penyu PJ Matron Jaliha Matjakir
- Bacaan ikrar oleh KJ Simpol Yussof
- Upacara pemotongan kek beramai-ramai bersama pengerusi SANA dengan semua Jururawat.
- Penyampaian cenderakenangan kepada 3 orang Jururawat yang akan pencen iaitu JT Rosalind, JM Dayang Janis dan KJ Maria Mambut.
- Cabutan tiket bertuah
Pihak SANA Kuala Penyu dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama anggota Hospital dan Kesihatan Kuala Penyu serta Menumbok dalam menjayakan aktiviti Hari Jururawat tersebut.
Ribuan terima kasih juga kepada para penyumbang hadiah dan hamper untuk cabutan tiket bertuah.
Laporan Disediakan oleh:
KJ Aminah Daut
Setiausaha SANA Kuala Penyu.
[my]Album Gambar

Hari Jururawat 2012 Daerah Kuala Penyu. | 8 Jun 2012. Anjuran Persatuan Jururawat Sabah (SANA) Kuala Penyu.

Hari Jururawat 2012 Daerah Kuala Penyu | 8 Jun 2012. Anjuran Persatuan Jururawat Sabah (SANA) Kuala Penyu.

Hari Jururawat 2012 Daerah Kuala Penyu. | 8 Jun 2012. Anjuran Persatuan Jururawat Sabah (SANA) Kuala Penyu.

Hari Jururawat 2012 Daerah Kuala Penyu. | 8 Jun 2012. Anjuran Persatuan Jururawat Sabah (SANA) Kuala Penyu.

Hari Jururawat 2012 Daerah Kuala Penyu. | 8 Jun 2012. Anjuran Persatuan Jururawat Sabah (SANA) Kuala Penyu.

Hari Jururawat 2012 Daerah Kuala Penyu. | 8 Jun 2012. Anjuran Persatuan Jururawat Sabah (SANA) Kuala Penyu.

Hari Jururawat 2012 Daerah Kuala Penyu. | 8 Jun 2012. Anjuran Persatuan Jururawat Sabah (SANA) Kuala Penyu.

Hari Jururawat 2012 Daerah Kuala Penyu. | 8 Jun 2012. Anjuran Persatuan Jururawat Sabah (SANA) Kuala Penyu.

Hari Jururawat 2012 Daerah Kuala Penyu. | 8 Jun 2012. Anjuran Persatuan Jururawat Sabah (SANA) Kuala Penyu.
Tags:
hari
jururawat
sana