Pada 29 Mac 2012 telah berlangsungnya Majlis Kempen Kesedaran Kesihatan Peringkat Daerah Kuala Penyu di Dewan Dato' Shahbandar Makang Kuala Penyu. Kempen ini merupakan anjuran bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Penyu dan pihak Hospital Kuala Penyu.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim Bin Haji Ukin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.177 Beaufort.
Melalui tema Kesihatan Sepanjang Hayat kempen ini bermatlamatkan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam penjagaan kesihatan dan mempunyai misi untuk membantu semua golongan masyarakat mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.
Selain dari orang ramai, pemimpin-pemimpin masyarakat, wakil-wakil Jabatan, Pengerusi JKKK & Ketua Kampung, Ngo dan Badan-Badan Keagamaan telah menghadirkan diri untuk terlibat bersama-sama menjayakan kempen kesedaran kesihatan awam ini.
Antara atucara yang telah diadakan ialah seperti saringan dan pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, pameran kesihatan, program senamrobik dan cabutan tiket bertuah
Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.

