Sukacita dimaklumkan Laman Web Hospital Kuala Penyu telah berjaya mendapat tempat ke-2 dari lebih 300 laman web agensi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seluruh Malaysia yang telah dinilai dalam Penilaian Laman Web Agensi bagi agensi-agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tahun 2011.
Laman Web Hospital Kuala Penyu diberikan markah sebanyak 91.11% sekaligus diiktiraf sebagai Portal Bertaraf 5 bintang. Tahniah kepada seluruh Warga Hospital Kuala Penyu !!!