Setelah sekian lama membuat persediaan untuk pengiktirafan akreditasi, akhirnya pada 21 sehingga 23 Jun 2011 yang lalu, Penilaian Akreditasi untuk kali pertama Hospital Kuala Penyu bagi pensijilan akreditasi telah dijalankan oleh pihak Malaysian Society Quality For Health (MSQH). Empat panel penilai telah dipilih MSQH untuk menilai Hospital Kuala Penyu iaitu:
Dr Mohd Shah Idris (Ketua Penilai)
Pengarah Hospital
Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Y Bhg Dato’ Dr Hasim Mohammad
Pakar Perunding Kanan, Jabatan Pembedahan
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan
Dr Zubaidah Abd Wahab
Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kanan Patologi,
Hospital Sungai Buloh, Selangor
Ms. Phoo Siew Kwok
Director of Nursing
KPJ Ipoh Specialist Hospital, Perak
Akreditasi adalah merupakan satu proses penilaian taraf perkhidmatan kesihatan dengan piawai kualiti yang telah ditetapkan. Standard ini telah ditetapkan oleh Malaysian Society Quality For Health (MSQH).
Akreditasi bukanlah sekadar proses untuk mendapat pengiktirafan namun ia menjurus untuk membantu sesebuah hospital itu untuk menyediakan perkhidmatan jagaan yang terbaik kepada pesakit iaitu mendapat hasil yang optima dengan menggunakan sumber yang ada. Selain itu ia juga membantu untuk menyediakan perkhidmatan & persekitaran yang selamat, kepatuhan kepada etika professional, pengurusan & rawatan yang sesuai, perkhidmatan value for money dan juga sebagai langkah proaktif organisasi bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Keputusan penilaian akreditasi Hospital Kuala Penyu oleh pihak MSQH akan diketahui dalam masa 1-3 bulan.
Tags:
akreditasi
audit
msqh