Kursus IT 4 dalam 1 HKP Siri I 2011
Kursus dan Latihan
2020 Hits
Pada 24-26 Mei 2011 yang lalu, Unit IT Hospital Kuala Penyu dengan kerjasama Unit Pengurusan Hospital Kuala Penyu telah menganjurkan Kursus IT 4 dalam 1: Penyelenggaraan Laptop, Sekuriti Komputer, Portal HKP dan HRMIS bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang selama 3 hari. Kursus dalaman yang dibahagikan kepada 3 kumpulan tersebut telah dihadiri oleh seramai 65anggota dari pelbagai unit di Hospital Kuala Penyu.
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta tentang asas bagaimana hendak menyelenggara laptop atau komputer yang mereka gunakan menggunakan perisian tertentu. Selain itu, peserta juga ditunjukkan tayangan video berkenaan dengan Sekuriti Komputer di mana tayangan tersebut memberikan info tentang keselamatan semasa berada dalam talian. Portal HKP yang berwajah baru juga diperkenalkan kepada peserta di dalam kursus tersebut. Slot terakhir pada kursus tersebut adalah tatacara mengemaskini maklumat peribadi dan pengistiharaan harta dalam HRMIS yang disampaikan oleh Unit Pengurusan.
Antara penceramah dan fasilitator yang terlibat dalam kursus tersebut adalah En.Lionel Michael Jominin, En. Hardie @ Mohd Huzaifah Murshid masing-masing dari Unit IT HKP dan Pn. Junaidah Abd Rahim Hee, Pn. Noor Suzilawati Robin dan Pn. Kartinih Binti Karim dari Unit Pengurusan HKP
Laporan disediakan olehHardie @ Mohd Huzaifah Murshid
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Unit IT, Hospital Kuala Penyu
Tags:
HKP
kursus
IT
ICT