Jawatankuasa Antidadah Hospital Kuala Penyu dengan kerjasama Jawatankuasa Antidadah Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort telah mengadakan Kursus Gaya Hidup Sihat pada 09 June 2021 secara maya yang diselaraskan oleh Unit Promosi Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort. Penyertaan adalah seramai 98 orang peserta dan urusetia daripada kalangan anggota Hospital Kuala Penyu dan Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort seperti daripada KK Membakut, KK Mendulong, KK Padas Damit, KK Kota Klias,KK Sindumin, KKIA Beaufort, KK Kerukan dan PKD Kuala Penyu.
Jawatankuasa Pelaksana Terdiri dari :
Penyelaras
Pn. Hana Fariza Binti Mohammad Yunus ( Ketua Pegawai Farmasi UF48 )
Penyelaras bersama
En. Ahmad Zamani Bin Ab. Halim ( Pegawai Farmasi Kesihatan Kawasan UF48 )
Urusetia
Pn. Ivy Jamianus @ Nurul Aisyah (Pen. Pegawai Farmasi U32 Kup ),
En. Suffian Bin Awang Besar (Pegawai Pendidikan Kesihatan),
Mohamad Zaidy Bin Menan (Pembantu Operasi N11)
Penceramah :
1) Liah Natasha Binti Ali Hassan - Peg. Psikologi ( Kaunseling ) S41,PKK Beaufort.
2) Emielia Junim - Peg. Sains Pemakanan C41,PKK Beaufort.
3) Insp. Mohd. Ariff Bin Jali - Bahagian Narkotik ,IPD Beaufort.
4) En. Yusli Bin Mining - Peg. Pemulihan Dadah,AADK Beaufort.
5) En. Md. Rais Bin Ag. Damit - Jurupulih Perubatan Anggota U32(KUP),HKP.
Tajuk Ceramah :
1) Pengurusan Stress
2)Makan Secara Sihat dan Sedap
3)Hidup Bahagia Tanpa Pengaruh Dadah
4)Dadah dan Bahaya Penyalahgunaannya
5)Back Pain
Objektif Kursus
Kursus ini mencapai objektif terutamanya kepada penjawat awam untuk membudayakan gaya hidup sihat serta meningkatkan pengetahuan peserta dalam pengurusan emosi / stress, pengambilan makanan sihat, bahaya ancaman dadah,hukuman dan pengunaannya serta mengetahui apa itu “Back Pain” .
Walaupun aktiviti ini, dibuat secara atas talian, namun penglibatan peserta sangat memberansangkan terutama semasa sesi soal jawab sepanjang kursus berjalan. Hasil penilaian kursus dari para peserta mendapati, 94 peserta memberikan penilaian yang sangat positif dan 61 peserta memberikan ulasan positif antaranya seperti kursus terbaik di era pandemik sekarang, kursus mantap dan sangat berguna, banyak memberi info dan bermanfaat, keep up the good work, kursus memberi kesan positif dan sangat disarankan untuk dilaksanakan secara tahunan. Maklumbalas yang positif ini menarik minat jawatankuasa untuk menyediakan pengisian kursus yang lebih baik di masa akan datang
Sebagai urusetia kursus yang dijalankan secara tahunan ini, mengendalikan kursus pada tahun ini amat mencabar terutama di saat wabak pandemik serta pengamalan norma baru dengan pelbagai kekangan peralatan serta sistem. Pelbagai aktiviti berkumpulan juga terpaksa ditukar ganti dengan penambahan tiga slot penceramah dengan tajuk baru diharap dapat memberi manfaat kepada semua peserta. Pihak urusetia bersyukur semua penceramah dan peserta mengadaptasi perubahan ini dengan sangat baik.
Laporan disediakan oleh :
Hana Fariza Binti Muhammad Yunus
Ketua Pegawai Farmasi UF48 ( Penyelaras Jawatankuasa Antidadah)
Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.

