Sukacitanya Hospital Kuala Penyu mempelawa individu berusia 60 tahun ke atas/mempunyai ahli keluarga warga emas di Daerah Kuala Penyu dan sekitarnya untuk mendaftarkan Program Imunisasi Vaksin Covid 19 Hospital Kuala Penyu
Untuk makluman Program Imunisasi Vaksin Covid-19 berada dalam Fasa Kedua yang menyasarkan Kumpulan Berisiko Tinggi (Penyakit Kronik) dan Warga Emas berumur 60 tahun ke atas. Individu berkelayakan digalakkan mendaftar
Pendaftaran saringan awal ini boleh dilakukan melalui pautan https://tinyurl.com/daftarvaksinhkp
Individu yang berjaya dipilih untuk Program Imunisasi Covid 19 Hospital Kuala Penyu akan dihubungi melalui telefon.
#LindungDiriLindungSemua