Bengkel Incident Reporting And Learning System 2.0 HKP 2020
Kursus dan Latihan
229 Hits
KUALA PENYU - Jawatankuasa Incident Reporting Hospital Kuala Penyu telahpun mengadakan Bengkel Incident Reporting And Learning System pada 21 Ogos 2020 bertempat di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu. Penyertaan adalah seramai 25 orang peserta, urusetia dan penceramah terdiri daripada penyelaras dan setiausaha jawatankuasa Incident Reporting itu sendiri yang telahpun mendapat latihan dan pendedahan awal daripada Bengkel Incident Reporting And Learning System yang dianjurkan oleh Patient Safety Unit, Medical Quality Section,Medical Development Division Ministry of Health.
Jawatankuasa Pelaksana terdiri daripada:
Penasihat :PJ Jaliha Matjakir
Penyelaras : Dr Wan Balqis Binti Wan Muda
Urusetia :
JT Paula Binti Harry
Tajuk Ceramah : 1. Pengenalan Incident Reporting & Learning System 2.0
2. Pengenalan Borang IR 2.0 dan proses pelaporan cara pengisian borang
3. Pengenalan RCA & MIRCA serta Contoh Root Care Analysis dan Multi
Incident Root Care Analysis
Selain daripada mendengar ceramah, peserta kursus juga turut dilibatkan dalam aktiviti berkumpulan yang mana peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasan untuk membincangkan dan seterusnya membentangkan RCA bagi laporan insiden yang diberikan oleh urusetia bengkel.
Objektif Bengkel :- Memperkenalkan Guidelines on Implementation Incident Reporting & Learning System 2.0.
- Memberi kefahaman tentang proses melakukan dan melengkapkan pelaporan dan pengisian borang Incident Reporting.
- Meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan melakukan Incident Reporting.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telahpun mencapai objektifnya, yang mana semua peserta telahpun diberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan membudayakan Patient Safety Goal dengan melaksanakan pelaporan insiden.
Semua peserta memberikan maklumbalas yang positif serta menyarankan agar kursus ini dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun kerana pengisian bengkel penuh dengan maklumat serta meningkatkan pengetahuan semua peserta.
Laporan Disediakan oleh : JT Paula binti Harry
Jururawat Terlatih U32 (TBK)
( Urusetia Bengkel IR )