Unit Sajian HKP mendapat pensijilan semula HACCP dan GMP
Pencapaian
29-Jan-2020
1362 Hits
Sukacita dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti dan Makanan telah memberi
pengiktirafan semula Pensijilan Sistem Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) untuk Unit Sajian Hospital Kuala Penyu selama 3 Tahun bermula dari 27 Disember 2019 sehingga 26 Disember 2022.
Pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai mengamalkan elemen-elemen HACCP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna.
Manakala, pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai mengamalkan elemen-elemen GMP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna
Tahniah diucapkan kepada Unit Sajian Hospital Kuala Penyu dan seluruh warga Hospital Kuala Penyu !!!
Tags:
Unit
Kualiti
Sajian
haccp
gmp