KUALA PENYU - Pada 22 Ogos 2019 yang lalu, Program Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 Dan Jasamu Dikenang Tahun 2019 Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Peringkat Pedalaman Bawah Sabah telah diadakan di Dewan Dato' Shahbandar Makang, Kuala Penyu.
Majlis yang bermula pada jam 2.00pm ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Datuk Dr. Christina Rundi, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah. Tujuan majlis ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada anggota yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang pada tahun 2018 dan meraihkan warga kerja kesihatan yang akan bersara pada tahun 2019.
Pengiktirafan ini juga sebagai galakan ke arah memantapkan produktiviti dan kualiti serta menjadi perangsang kepada kakitangan supaya lebih tekun dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Seramai 182 kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 39 kakitangan yang bersara yang datang dari 7 Pusat Tanggungjawab (PTJ) Pedalaman Bawah Sabah iaitu Hospital Beaufort, Hospital Papar, Hospital Kuala Penyu, Hospital Sipitang, Pejabat Kesihatan Beaufort, Pejabat Kesihatan Papar dan Pejabat Pergigian Kawasan Beaufort. Ketua-Ketua PTJ dan wakil-wakil setiap PTJ hadir untuk memberikan sokongan dan memeriahkan majlis.
Majlis telah turut diserikan dengan persembahan dari Hospital Beaufort, Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort dan Hospital Kuala Penyu Pihak Majlis mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima APC dan Pesara kerana telah memberi komitmen serta dedikasi yang tinggi dalam menjalankan tugas.
Diharapkan komitmen ini akan menjadi contoh dan motivasi kepada semua warga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan. Majlis bersurai pada kira-kira jam 4.30 petang.
Majlis APC Tahun 2018 & Jasamu Dikenang Tahun 2019 JKN Sabah Peringkat Pedalaman Bawah | 22 Ogos 2019, Dewan Dato' Shahbandar Makang, Kuala Penyu

Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.