Sukaneka Group Support Neurologi HKP 2019
Kursus dan Latihan
07-Dec-2018
1056 Hits
KUALA PENYU - Pada 7hb Disember 2018, Unit Rehabilitasi Hospital Kuala Penyu (HKP) telah menjalankan satu acara Sukaneka untuk Group Support Neurologi bertempat di unit Rehabilitasi HKP. Aktiviti ini telah disertai oleh 3 orang peserta dan keluarga, dan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 11.30 pagi.
Objektif program ini adalah untuk memberi sokongan emosi dan social secara berkumpulan terhadap pesakit-pesakit Neurologi yang menerima rawatan di Unit Rehabilitasi HKP, disamping menggalakkan aktiviti riadah dalam kalangan pesakit.
Pengisian aktiviti dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Jacquenne Nicholos selaku Penyelaras Program Group Support Neurologi – Rehab., dan diikuti oleh aktiviti senaman regangan keatas setiap peserta yang diketuai oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi, En. Md. Rais Ag. Damit. Aktiviti kemudian diteruskan dengan 3 acara sukaneka iaitu “Cup Flip Challenge”, “Hidu-Hidu Challenge” dan “Sand-bag Challenge” yang dikendalikan oleh Puan Alistca Brenda Suutin (Jurupulih Perubatan Carakerja).
Dalam acara “Cup Flip Challenge”, peserta diberi cabaran untuk menterbalikkan gelas polisterin sehingga berdiri tegak semula bermula dari posisi terbalik. Peserta yang telah berjaya sebanyak 3 kali dikira pemenang.
Dalam acara “Hidu-Hidu Challenge” pula, peserta diberi cabaran untuk meneka 10 jenis bau (bahan masakan/makanan) dan menulis jawapan dalam kertas yang disediakan. Peserta yang dapat meneka semua jawapan dengan betul telah dikira sebagai pemenang.
Acara sukaneka yang terakhir iaitu “Sand-Bag Challenge” pula memerlukan peserta membaling sebanyak 12 bag pasir ke dalam lubang bermarkah pada sand-bag board dan peserta yang mendapat markah tertinggi dikira pemenang. Kesemua pemenang untuk acara-acara ini telah mendapat hadiah berupa hamper yang ditaja oleh anggota-anggota Unit Rehabilitasi.
Aktiviti kemudian diakhiri dengan ucapan penutupan daripada Penyelaras Program, jamuan makan dan sesi bergambar sebelum peserta bersurai.
Laporan disediakan oleh:Jacquenne Nicholos
Penyelaras Program Group Support Neurologi-Rehab
Jurupulih Perubatan Carakerja U29
Unit Rehabilitasi
Hospital Kuala Penyu.
Tags:
HKP
neurologi