KUALA PENYU - Pada 18 - 20 September 2018 yang lalu Program Audit Pensijilan semula MS-ISO 9001:2015 oleh wakil Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) telah diadakan bertempat di Hospital Kuala Penyu.
Audit ini bertujuan bagi Hospital Kuala Penyu mendapat pensijilan semula MS-ISO 9001:2015 yang bakal tamat pada 21 Oktober 2018 daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd Program Audit ini telah dikendalikan oleh Pasukan Juruaudit SIRIM yang terdiri daripada
Sepanjang 3 hari program audit, Pasukan Juruaudit SIRIM telah melawat unit-unit di Hospital Kuala Penyu dan juga telah menemuramah anggota dan ketua-ketua Unit Hospital Kuala Penyu bagi melakukan audit bagi menentukan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berterusan di Hospital Kuala Penyu.
Di akhir Program Audit pada jam 3.30pm 20 September 2018, pasukan Juruaudit telah melakukan pembentangan mengenai penemuan-penemuan mereka.
Segala cadangan, teguran dan penemuan oleh pihak SIRIM, diambil positif oleh pihak Hospital Kuala Penyu dan pihak Hospital akan cuba melaksanakannya dan membuat penambahbaikan sebaik mungkin. Program diakhiri dengan sesi bergambar.
Laporan Disediakan Oleh
Lionel Michael Jominin
Penyelaras MS-ISO
Hospital Kuala Penyu