Pada 26 dan 27 April 2011, Unit Kejururawatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah menganjurkan Kursus Pemantapan dan Pengukuhan Jururawat Masyarakat yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Hospital Kuala Penyu selama 2 hari bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Seramai 70 Orang Jururawat Masyarakat dari Klinik-Klinik Kesihatan & Klinik Desa serta Hospital dari Daerah Keningau, Tambunan, Papar, Beaufort, Sipitang, Tenom dan Kuala Penyu telah menghadiri kursus ini.
Penceramah yang terlibat ialah Matron Maura Primus Ewot, Matron Masni Baliran,Matron Ter Cheng Kiang, Matron Lim Suat Hong Matron Fauziah Muhammad dan Matron Salina Welin Bion.
Pada sebelah malam 26 haribulan, Majlis Malam Mesra telah diadakan di Ruang Legar Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Penyu yang di hadiri oleh Matron Maura Primus Ewot, Matron Jaliha Matjakir, Pengarah Hospital Kuala Penyu Dr Esmar Abdul Hamid dan para peserta kursus. Kursus ini berakhir pada 27 April 2011 pada jam 5 petang dengan penyampaian sijil kepada para peserta kursus.
Laporan Disediakan oleh:
Mazwan Ag. Mohd. Arifin Azmi
Jururawat Masyarakat
Hospital Kuala Penyu