Kursus Gaya Hidup Sihat HKP 2018
Kursus dan Latihan
20-May-2018
1546 Hits
Jawatankuasa Antidadah , Hospital Kuala Penyu dengan kerjasama Jawatankuasa Antidadah Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort telah mengadakan Kursus Gaya Hidup Sihat pada 11 April 2018 bertempat di Bilik Seminar Utama HKP. Penyertaan adalah seramai 49 orang peserta dari kalangan anggota Hospital Kuala Penyu dan Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort seperti dari Klinik Kesihatan Membakut, Klinik Kesihatan Menumbok, KKIA Kuala Penyu, Klinik Kota Klias dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Penyu.
Jawatankuasa Pelaksana terdiri dari:
Penaung : Dr Sabariah Binti Mohamad Sa’ad
Penyelaras : Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus (Ketua Pegawai Farmasi)
Penyelaras bersama PKK Beaufort : Dr Priscilla Joneh dan En. Ahmad Zamani Ab. Halim
Urusetia : Jawatankuasa Antidadah,Hospital Kuala Penyu
Penceramah : 1) En. Ng Chai Sing ( Bahagian Narkotik, PDRM Beaufort)
2) En. Yusli Bin Mining ( AADK, Beaufort)
3) En. Almus Bin Tambisan (Pegawai Klinik Cure & Care1Malaysia)
4) Dr. Nur Syazana Binti Ali Sabri (Pegawai Perubatan UD 44, HKP)
5) Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus (Ketua Pegawai Farmasi,HKP)
Tajuk ceramah : 1) Hidup Bahagia Tanpa Pengaruh Dadah
2) Dadah dan Bahaya Penyalahgunaannya
3) Pengurusan Perkhidmatan Rawatan dan Pemulihan
4) Kesan Dadah
5) Pengurusan emosi dan minda sihat
Pameran : 1) Dari AADK
2) Kenali Ubat Anda oleh Farmasi ,HKP
Objektif Kursus: • Mempertingkatkan kesedaran bahaya dadah ancaman penggunaan dadah,rokok,alkohol dan sebagainya
• Membina kekuatan dalaman anggota dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok,alcohol, inhalan dan penyakit HIV/AIDS.
• Membentuk Gaya Hidup Sihat.
Kursus ini mencapai objektif terutamanya kepada penjawat awam untuk menjalani gaya hidup sihat . Pameran yang dijalankan di Lobi Utama berhampiran Jabatan Pesakit Luar juga dapat memberi informasi terkini kepada kakitangan dan orang awam. Semua peserta memberikan maklumbalas yang positif dan menyarankan kursus seperti ini dijalankan secara berkala setiap tahun serta melibatkan Khidmat klinik Berhenti Merokok.
Laporan disediakan:Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus
Ketua Pegawai Farmasi,
Hospital Kuala Penyu
Album Gambar

Kursus Gaya Hidup Sihat HKP 2018 | 11 April 2018. Bilik Seminar Utama HKP

Pameran Anti Dadah - Kursus Gaya Hidup Sihat HKP 2018 | 11 April 2018. Lobi JPL HKP

Pameran Anti Dadah - Kursus Gaya Hidup Sihat HKP 2018 | 11 April 2018. Lobi JPL HKP
Tags:
HKP
kursus
sihat
hidup
Antidadah
gaya