Menu Masakan Diet Teraputik
Info Kesihatan
09-Jul-2012
61915 Hits
Definisi Diet Teraputik
Diet yang memerlukan modifikasi ke atas nutrien untuk rawatan sesuatupenyakit. Ia melibatkan meninggikan atau merendahkan satu atau lebihmakronutrien seperti protein, karbohidrat, lemak serta mikronutrienseperti vitamin dan mineral.
Siapa memerlukan dietteraputik ?
- Pesakit yang menghidapi penyakit yang memerlukanpengubahsuaian diet tertentu,
- Dimana ubahsuaian diet tersebut dapat membantu prosespenyembuhan penyakit atau untuk kawalan penyakit padajangkamasa panjang.
- Contohnya : Pesakit Diabetes, Hipertension dsb.
CONTOH-CONTOH DIET TERAPUTIK
1) DIETDIABETIK
Diet ini disediakan untuk pesakit Diabetes mellitus.(Kencing manis)
Objektif :
- Untuk mengawal aras gula dalam darah.
- Untuk mencapai/kekalkan berat badan ideal.
- Mengelakkan /melambatkan komplikasi.
Cara Penyediaan :
- Elakkan penggunaan gula di dalam masakan dan minuman.
- Elakkan penggunaan susu pekat manis untuk minuman, gunakansusu tepung rendah lemak.
- Elakkan menghidangkan kuih atau biskut yang manis.
- Gunakan marjerin sebagai ganti kepada jem dan kaya.
- Gunakan buah-buahan segar, jangan gunakan buah-buahan didalam tin.(Buah seperti pisang kurang digalakkan)
- Hidangkan karbohidrat seperti roti, nasi, meeatau bubur mestilah mengikut porsi yang di tetapkan oleh PegawaiDietetik.
- Hidangkan dua jenis sayur semasa makan tengahari dan malam.
2) DIETKURANG GARAM (LOW SALT DIET)
Diet ini disediakan untuk pesakit darah tinggi, pesakit buahpinggang dan pesakit jantung.
Objektif :
- Untuk mengawal aras natrium/sodium dalam darah.
- Untuk mengawal tekanan darah pesakit.
Cara Penyediaan :
- Elakkan menggunakan garam semasa memasak.
- Semua bahan-bahan tinggi garam tidak dibenarkanpenggunaannya :
- Stok kiub(tom yam pes/ kiub ayam/ikan bilis)
- Daging proses seperti nuggets dan sosej.
3) DIETRENDAH LEMAK
Diet ini disediakan untuk pesakit yang ada masalah beratbadan dan pesakit jantung.
Objektif :
- Untuk menurunkan berat badan
- Untuk menurunkan kadar lemak di dalam darah.
Cara Penyediaan :
- Buang lemak pada daging dan lemak serta kulit ayam.
- Jangan gunakan minyak semasa memasak.
- Jangan gunakan santan dan minyak sapi(ghee).
- Gunakan susu rendah lemak/skimm untuk minumanatau gantian santan.
- Memasak menggunakan kaedah grill, kukus, rebus ataumembakar.(Gunakan oven atau mikrowave atau non stik fryer)
- Gunakan jem sebagai gantian margerin dan kaya (untuk disapupada roti)
4) DIETRENDAH KOLESTROL
Disediakan untuk pesakit jantung dan mereka yang mempunyai araskolesterol yang tinggi di dalam darah.
Objektif :
- Untuk menurunkan aras kolesterol darah kepadaaras yang normal.
Cara Penyediaan :
- Buang kulit ayam/lemak yang terdapat pada ayam dan daging.
- Elakkan menggunakan makanan yang tinggi kolesterol sepertikuning telur, udang/sotong dan daging kambing.
- Gunakan ikan sebagai sumber protein(lauk)
- Elakkan menggunakan santan, ghee .
- Gunakan susu rendah lemak/skimm untuk minumanatau gantian santan semasa memasak.
- Gunakan jem sebagai gantian margerin.
- Minimakan penggunaan minyak, utamakan cara memasak denganmerebus, membakar, mengukus atau memanggang.
5) DIETRENDAH PROTEIN
Diet ini disediakan untuk pesakit buah pinggang yang kronik.
Objektif :
- Untuk mengurangkan pengumpulan sisa kumuhanprotein seperti urea di dalam darah.
Cara Penyediaan :
- Kurangkan porsi protein(lauk) yang dihidangkan, ikut arahanyang diberikan oleh Pegawai Dietetik.
- Biasanya satu porsi beratnya 70 –80 g (mentah).
- Tambahkan kalori(tenaga) dalam makanan denganmenambahkan bahan seperti ubi kentang di dalam hidangan.
- Gunakan kaedah menggoreng untuk memasak untuk tingkatkankalori.
- Boleh tambahkan penggunaan buah.
6) DIETTINGGI PROTEN
Diet ini disediakan untuk pesakit yang alami masalah kurangdarah(anemia) atau pesakit yang baru jalani pembedahan danjuga pesakit kanser.
Objektif :
- Tingkatkan kandungan zat besi(iron) dalam darah.
- Untuk membina semula tisu/otot yang rosak dengancepat.
Cara Penyediaan :
- Tambahkan porsi protein (lauk) dalam hidangan
- Gunakan dua jenis lauk seperti ayam dan tauhooatau tempe untuk makan tengahari dan malam.
- Tambahkan sebiji telur untuk sarapan pagi.
- Gunakan susu tepung untuk minuman. Penggunakan susu soya untuk minum pagi juga digalakkan(kelas 1 sahaja).
- Untuk kes yang memerlukan lebih tinggi protein bolehgunakan susu khas seperti Isocal, Nutren dan sebagainya(ikutarahan Pegawai Dietetik).
7) DIETRENDAH PURINE
Diet ini disediakan untuk pesakit gout. Pesakit biasanya mempunyai arasasid uric yang tinggi di dalam darah.
Objektif :
- Untuk menurunkan aras asid uric di dalam darah ke arasyang normal
Cara Penyediaan :
- Porsi hidangan protein(lauk) adalah lebih kecil dari porsinormal – ¾ porsi biasa.(100g)
- Elakkan dari menghidangkan udang, sotong atau organ dalamandan ikan bilis.
- Hidangkan roti putih, elakkan roti jagung.
- Elakkan : - Sayur cendawan,asparagus, cauliflower dan bayam.
- Elakkan : - Kekacang dan hasilnya epertikacang soya, taufoo, kacang dhall dan sebagainya.
8) DIETTINGGI FIBER(SERAT)
- Diet ini biasanya disediakan untuk pesakit yang mengalamimasalah sembelit yang teruk.
- Diet ini juga disediakan untuk pesakit yang alami arasglukus dan aras kolesterol yang tinggi dalam darah.
Cara Penyediaan :
- Gunakan roti jagung atau oat sebagai sarapan pagi.
- Sediakan dua jenis sayur untuk makan tengahari dan makanmalam.
- Buah perlu dihidangkan untuk makan tengahari dan makanmalam.
- Masakan yang menggunakan kekacang juga boleh tingkatkankandungan serat, contohnya bubur kacang.
Disusun dan disediakan:
Nithyawathi A/P Batumalai
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
Unit Sajian, Hospital Kuala Penyu
Tags:
diet
masakan
teraputik
menu