Faedah-Faedah Senaman Berjalan Kaki
Info Kesihatan
19-Feb-2011
69456 Hits
Berjalankaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Iamerupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkatumur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-manasahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah danlain-lain lagi.Mengamalkansenaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
- Menyihatkanjantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paraskolesterol.
- Mengawaltekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
- Mengurangkanrisiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untukmemproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
- Mengawalberat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
- Mengurangkanstres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yangmembuatkan kita lebih ceria dan sihat.
- Mengekalkankekuatan otot.
- Mengurangkanrisiko osteoporosis
- Mengekalkankestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan wargaemas.
- Mampumeningkatkan keyakinan diri.
Bagaimanauntuk bermula?
- Tetapkanmatlamat. Sekiranya kita tidak pernah melakukan apa-apa jenis senamandalam jangka masa yang lama, mulakan dengan perlahan-lahan dan jarakyang pendek.
- Caritempat yang sesuai untuk berjalan. Seeloknya-eloknya permukaan haruslahrata dan tidak membahayakan.
- Tetapkantempoh masa. Pastikan tempoh masa yang ditetapkan mengikut keupayaantubuh badan kita.
- Tambahkelajuan dan tahap kesukaran. Sekiranya kita telah berjaya mencapaimatlamat di atas, kita mungkin boleh memikirkan untuk menambah kelajuanberjalan dan cuba untuk berjalan di kawasan-kawasan seperti di tamanrekreasi.
- Berjalanbersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya kita berasa tidakyakin dan kurang keseronokan berjalan seorang diri, kita boleh mengajakahli keluarga atau rakan-rakan untuk bersama-sama menjalankan senamanini. Berjalan bersama teman yang mengiringi anda akan menjadikanaktiviti yang dilakukan lebih menyeronokkan dan tidak mudah berasabosan.
Teknik-teknikberjalan dengan betul
Denganmenggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkantahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.
- Pastikanbahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yanglain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
- Hayunkantangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impakseperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-ototdi bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalanbukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawahnamun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
- Luruskanbahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam posturyang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
- Kawalpernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur.Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlumengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
- Untukmenambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaranpada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkankelajuan.
- Sekiranyamampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukurlangkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan iaakan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiaphari.
- Cubauntuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kalidalam seminggu.
CaraMudah Untuk Berjalan
Terdapatbanyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang pentingialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman itusesuatu yang menyeronokkan.
- Sekiranyakita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba minimakan penggunaanlif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. Sekiranya tidakmampu kita boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnyamenggunakan tangga untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.
- Letakkankereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagaicontoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita bolehmeletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepadakeadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan yangketara kepada kita.
- Janganhanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan disekeliling bangunan tempat kerja.
- Bagiyang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi.Ketika berada di umah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda.Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsangotot untuk bergerak.
- Maksimumkanberjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contohkita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jirandan sebagainya.
Sumber: InfoSihat
Tags:
kaki
berjalan
senaman