Pada 3 Mac 2016 yang lalu, Unit Aset Hospital Kuala Penyu (HKP) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Aset Kerajaan HKP Bil 1/2016. Kursus ini dilaksanakan mengikut target Takwim Unit Aset HKP.
Seramai 38 Peserta telah dipilih dikalangan anggota yang mengendalikan pengurusan aset di setiap unit di HKP.
Berikut adalah butiran mengenai penceramah yang telah dijemput;
a. En. Azri Zainuddin / Pegawai Jurutera J41 / Hospital Beaufort b. En. Benjamin Yunus/ Pen. Pegawai Tadbir(Stor) N36 / Hospital Queen Elizabeth 1
Objektif kursus ini adalah untuk memastikan kakitangan Hospital Kuala Penyu yang terlibat mengendalikan kerja-kerja pentadbiran aset unit didedahkan kepada pengetahuan terhadap pengurusan aset kerajaan.
Laporan Disediakan
Diana Bte Ukah
Pembantu Pegawai Aset
Hospital Kuala Penyu
Tags:
kursus
aset
pengurusan