Pada 16 Jun 2014 yang lalu, satu Kursus Latihan 5s telah diadakan bertempat di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu (HKP). Seramai 30 orang peserta telah hadir di mana kumpulan sasaran peserta kursus ini adalah dari kalangan anggota hospital di semua unit. Penceramah yang terlibat ialah En Asmi Etin, Pn Koh Lee Nai Kim, dam Sr Simpol Yussof
Objektif kursus 5s ini adalah untuk
a) memberikan pendedahan kepada warga Hospital Kuala penyu mengenai amalan 5S.
b) mewujudkan persekitaran dan tempat kerja yang bersih selesa dan selamat.
c) meningkatkan amalan budaya kerja berpasukan serta nilai-nilai murni dalam perkhidmatan.
d) menggalakkan tindakan peningkatan dan penambahbaikan yang berterusan.
e) melahirkan anggota yang berdisplin, kreatif dan inovatif. 5s atau Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya.
Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.
Laporan Disediakan oleh:
Afizah binti Ismail Setiausaha AJK Latihan 5s HKP