Jawatankuasa Hospital Rakan Bayi Kuala Penyu sekali lagi telah mengadakan Kursus 20 Jam Pengurusan Laktasi pada 20-22 Mei 2014. Penyertaan adalah seramai 23 orang peserta dari anggota Hospital dan Kesihatan Daerah Kuala Penyu.
Di antara objektif kursus tersebut adalah supaya semua peserta mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan laktasi di samping dapat mengendalikan sebarang kursus berkaitan berpandukan modul yang telah disediakan.
Selain itu peserta juga diharap dapat menjadi individu yang boleh dirujuk dalam pengurusan laktasi. Semua peserta memberikan maklumbalas yang positif dan menyarankan kursus seperti ini dijalankan pada masa akan datang.
Laporan Disediakan Oleh
JT Diah Sulistiani S
Unit Dewan Bersalin HKP