Perasmian Minggu Promosi Kesihatan dan Kedai Runcit Koperasi HKP 2013
Kempen Kesihatan
25-Nov-2013
3387 Hits
Pada 26 Nov 2013 yang lalu telah berlangsungnya Perasmian Minggu Promosi Kesihatan Hospital Kuala Penyu (HKP). Perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Penyu iaitu Encik Dirih @ Sebastian Anjim bertempat di Lobi Depan Jabatan Pesakit Luar HKP.
Antara objektif utama penganjuran perasmian ini adalah untuk mempertingkatkan taraf pengetahuan kesihatan di kalangan masyarakat serta menyaring tahap kesihatan untuk memulakan pencegahan awal serta rawatan awal. Antara program yang telah dilaksana pada hari perasmian tersebut adalah seperti:
- Sesi Ceramah Kesihatan
- Pemeriksaan Dan Saringan Penyakit tidak Berjangkit
- Pameran Ubat-Ubatan dan sebagainya
- Pameran dari Wad-Wad
- Demonstrasi CPR
- Demonstrasi Pencucian tangan yang betul
- Pameran Pendermaan Organ
Galeri Gambar Perasmian Minggu Promosi Kesihatan Hospital Kuala Penyu (HKP) 2013
Sementara itu pada hari yang sama, 26 Nov 2013, Kedai Runcit Koperasi Pekerja-Pekerja Hospital Kuala Penyu turut dirasmikan dalam Majlis Perasmian ringkas kedai tersebut yang telah dirasmikan oleh Encik Raymond Bin Jury dari Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Daerah Kuala Penyu mewakili YB Limus Bin Jury Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu N26.
Kedai Runcit tersebut telah menerima peruntukan untuk penjenamaan semula di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Sejurus selepas majlis perasmian tersebut selesai, Encik Raymond Jury dan rombongan mengambil kesempatan untuk melawat gerai-gerai pameran Minggu Kesihatan Hospital Kuala Penyu. Majlis perasmian tersebut diakhiri dengan jamuan di Kafeteria Hospital.
Album Gambar

Perasmian Kedai Runcit Koperasi Pekerja-Pekerja Hospital Kuala Penyu Berhad | 26 Nov 2013

Tags:
kesihatan
promosi
perasmian
koperasi