Pada 20 Nov 2013, Unit Farmasi Hospital Kuala Penyu telah menganjurkan Bengkel Medication Safety HKP Bil 2/2013 yang diadakan bertempat di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu.
Seramai 23 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada anggota-anggota kesihatan dari Hospital Kuala Penyu sendiri serta peserta jemputan daripada Klinik Kesihatan Menumbok dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kuala Penyu.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk memantapkan pengetahuan tentang penggunaan ubat di kalangan anggota kesihatan Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam bengkel ini adalah seperti pre dan post test mengenai Farmasi dan Nursing Learning Station 3, kerja kumpulan serta ceramah. Antara Penceramah yang terlibat adalah:
Bengkel diakhiri pada kira-kira jam 4.00pm dengan ucapan penutup oleh Dr Esmar Bin Abdul Hamid, Pengarah Hospital Kuala Penyu.
Laporan Disediakan Oleh
Mimi Madihah Adnan
Pegawai Farmasi U44
Hospital Kuala Penyu
Tags:
kursus
medication
safety