(http://hkp.moh.gov.my)

Unit Kualiti HKP 2019
Unit Kualiti Hospital Kuala Penyu
Category : Bahagian Pengurusan | Published by HKP on 08-May-2010

Pengenalan
Unit Kualiti Hospital Kuala Penyu memainkan peranan dalam pemantauan dan mengawal selia semua aktiviti kualiti Hospital Kuala Penyu bagi tujuan pengekalan aktiviti kualiti secara berterusan

Skop Perkhidmatan

Objektif Unit
Menjadi unit penyelaras dalam mengendalikan dan mengawal semua aktiviti – aktiviti kualiti hospital agar perkhidmatan yang diberikan berkualiti sesuai dengan objektif dan visi yang telah ditetapkan oleh Hospital Kuala Penyu,Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Visi Unit
Menerapkan nilai- nilai serta ciri- ciri kualiti dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit
dan masyarakat dengan mempastikan keperluan pelanggan dipenuhi.

Misi Unit
Berusaha untuk MENINGKATKAN KUALITI perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Kuala Penyu bagi memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan dengan mengamalkan prinsip- prinsip budaya korporat dan etika perkhidmtan cemerlang.