(http://hkp.moh.gov.my)

Unit Penolong Pegawai Perubatan HKP
Unit Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Penyu
Category : Bahagian Sokongan Klinikal | Published by HKP on 27-Jan-2018

Pengenalan
Unit Penolong Pegawai Perubatan merupakan unit yang bertanggungjawab kepada penyeliaan dan pemantauan semua aktiviti perkhidmatan melibatkan Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Penyu

Skop Perkhidmatan
Menyedia,menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti jabatan dan Unit di mana terdapatnya penempatan Penolong Pegawai Perubatan seperti berikut :-
• Unit Penolong pegawai Perubatan
• Jabatan kecemasan & Trauma
• Jabatan Pesakit Luar
• Jabatan Forensik
• Klinik Berhenti Merokok ( KBM )
• Klinik Wound Care
• Menyelaras dan menyelia kerja-kerja FMS,BEMS,FEMS,HWNS,CLS ,LLS di mana Ketua “Liason Officer” untuk perkhidmatan ini diketuai oleh Penolong Pegawai Perubatan Kanan U32.

Objektif
Unit Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab menyediakan perlhidmatan seperti berikut :-

• Memantau,menilai dan menjaga mutu perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dari segi rawatan pesakit melalui konsep preventif, kuratif dan rehabilitatif berdasarkan kepada Kod Etika dan Akta Pembantu Perubatan.
• Menerapkan nilai-nilai Budaya Koprat Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan tugas harian.
• Memantau dan membudayakan program pelaksanaan pembelajaran berterusan dan kursus/latihan yang berkaitan bagi meningkatkan kompetensi Penolong Pegawai Perubatan sama ada perawatan kepada pesakit dan dari segi penggunaan peralatan perubatan yang terkini.
• Mengamalkan nilai-nilai pelanggan diutamakan dan memberi peluang pesakit dan keluarga membuat keputusan untuk memilih rawatan setelah nasihat secara professional diberikan.

Visi
Profesyen Penolong Pegawai Perubatan akan menjadi anggota yang berpengalaman,berkemahiran tinggi dan cekap bagi memainkan peranan dalam meningkatkan tahap kesihatan individu,keluarga dan masyarakat melalui system kesihatan yang saksama,berteknologi dan serasi pelanggan berfokuskan aspek-aspek promotif,prementif,kuaratif dan menggalakan kerjasama individu dan masyarakat kearah peningkatan mutu kehidupan berlandaskan budaya koporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Misi
Memberi perkhidmatan yang terkini dan berdasarkan teknologi semasa dengan cekap dan efektif berkonsepkan “Client focused smart partnership” secara professional melalui usaha :-

• Menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan berpandukan peranan klinikal,dokumentasi,latihan mengikut perkembangan semasa.
• Melaksanakan system kesihatan dengan memberi penekenen berkonsepkan “wellness,focused,seamless care and client empowment” kepada setiap individu,keluarga dan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan yang optima,menikmati kehidupan yang lebih berserta menghargai kesihatan sebagai asset yang bernilai.
• Mengendalikan terus kepada perkhidmatan kesihatan yang dilaksanakan melalui program dan aktiviti yang disediakan.
• Meningkatkan dan mengembangkan tahap pengetahuan dan kemahiran profesion Penolong Pegawai Perubatan sejajar dengan perkembangan bidang Perubatan melalui pendidikan dan latihan.

Kewajipan Pelanggan
• Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
• Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan penuh bertanggungjawab.
• Menyediakan dan mengemukana dokumen-dokumen yang berkaitan dengan lengkap apabila diperlukan.