(http://hkp.moh.gov.my)


Pejabat Pengarah Hospital Kuala Penyu
Category : Bahagian Pengurusan | Published by HKP on 23-Jul-2019

Pengenalan
Hospital Kuala Penyu (HKP) telah mula beroperasi sejak pada 28 Februari 2006. Tugas Pengarah Hospital Kuala Penyu pada masa ini dijalankan oleh Timbalan Pengarah HKP Dr. Mohd. Suffian Bin Laupa bermula pada 24 Julai 2019 sehinggalah sekarang bagi menggantikan Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad yang menyambung pengajian di Philippines.

Dr. Mohd. Suffian Bin Laupa
Timbalan Pengarah Hospital UD44


Skop Perkhidmatan Pengarah Hospital

Berikut merupakan ringkasan tugas pengarah Hospital:
a. Tadbir urus Perkhidmatan Klinikal (Clinical Governance)
b. Pemantauan epidemiologi, pengawalan dan pencegahan penyakit
c. Perancangan jangkamasa pendek dan panjang untuk perkhidmatan perubatan dan kesihatan dalam masyarakat
d. Pelaksanaan aktiviti inisiatif
e. Pelaksanaan peraturan-peraturan dan perundangan perubatan
f. Pengurusan sumber manusia
g. Pengurusan sumber kewangan
h. Pengurusan perolehan peralatan perubatan dan bukan perubatan
i. Pengurusan perolehan dan penggunaan ubat-ubatan
j. Pelaksanan arahan keselamatan dan kesihatan pekerjaan peringkat hospital
k. Perancangan, pelaksanan dan penilaian aktiviti promosi kesihatan
l. Pelaksanaan penyelidikan dan kajian
m. Penyiasatan aduan
n. Pelaksanaan piagam pelanggan
o. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti latihan hospital
p. Jawatankuasa jawatankuasa yang dipengerusikan oleh pengarah hospital
q. Lain-lain tugas yang diarah oleh pihak atasan




Dr Sabariah Mohamad Sa'ad
14 September 2015 - 24 Julai 2019

Dr. Esmar Abd. Hamid
15 Julai 2010 - 14 September 2015

Dr Liew On Heong
26 April 2010 - 15 Julai 2010

Tuan Haji Mohd Zulkifli Bin Mohd Tahir
01 Disember 2006 - 26 April 2010

Dr Breithner G Johniu
22 November 2005 - 30 November 2006