Unit Perubatan Forensik Hospital Kuala Penyu
Bahagian Klinikal
Cetak
PengenalanUnit Perubatan Forensik adalah sebahagian daripada cabang skop perkhidmatan Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Kuala Penyu. Seorang Penolong Pegawai Perubatan telah dilantik sebagai Y/M unit bagi memastikan unit tersebut beroperasi. Unit Perubatan Forensik terletak di Aras 1(tingkat bawah) Blok E, Hospital Kuala Penyu.
Skop Perkhidmatan- Melakukan prosedur postmortem.
- Menyediakan kemudahan peti sejuk penyimpanan mayat.
- Menyediakan tempat untuk melakukan upacara pengurusan mayat oleh pewaris.
- Menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran mayat.
Objektif- Menyediakan perkhidmatan forensik yang menyeluruh dengan memberikan perkhidmatan forensik yang bebas dan berkecuali serta tidak terikat dengan mana-mana pihak demi keadilan.
- Mewujudkan kemahiran dan kecekapan dikalangan kakitangan dalam pengendalian kes dengan lebih efektif.
- Meningkatkan taraf perkhidmatam sejajar dengan perkembangan yang terkini.
- Melakukan prosedur bedahsiasat sebagai sebahagian daripada siasatan bagi mengenalpasti setepat mungkin punca dan penyebab sesuatu kematian.
VisiMenyediakan Perkhidmatan Perubatan Forensik berlandaskan Pengurusan yang berkualiti serta berkecuali mengikut peruntukan yang ada dalam Sistem Perundangan Negara
MisiBekerjasama sebagai satu pasukan yang akan memberikan perkhidmatan Perubatan Forensik yang cemerlang, berilmu dan berkualiti
Kakitangan Unit
Tags:
HKP
Unit
hospital
forensik
forensic