Pengenalan Hospital Kuala Penyu telah mula beroperasi sejak pada 28 Februari 2006. Sejak mula beroperasi sehingga sekarang, Hospital Kuala Penyu telah mempunyai 5 Pengarah, iaitu 3 Pengarah Tetap dan 2 Pemangku Pengarah. Pengarah Hospital Kuala Penyu pada masa ini ialah Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad yang telah mula bertugas di HKP pada September tahun 2015 sehinggalah sekarang.
Dr Sabariah Binti Mohammad Saád Pengarah Hospital UD54
Skop Perkhidmatan Pengarah Hospital
Berikut merupakan ringkasan tugas pengarah Hospital: a. Tadbir urus Perkhidmatan Klinikal (Clinical Governance) b. Pemantauan epidemiologi, pengawalan dan pencegahan penyakit c. Perancangan jangkamasa pendek dan panjang untuk perkhidmatan perubatan dan kesihatan dalam masyarakat d. Pelaksanaan aktiviti inisiatif e. Pelaksanaan peraturan-peraturan dan perundangan perubatan f. Pengurusan sumber manusia g. Pengurusan sumber kewangan h. Pengurusan perolehan peralatan perubatan dan bukan perubatan i. Pengurusan perolehan dan penggunaan ubat-ubatan j. Pelaksanan arahan keselamatan dan kesihatan pekerjaan peringkat hospital k. Perancangan, pelaksanan dan penilaian aktiviti promosi kesihatan l. Pelaksanaan penyelidikan dan kajian m. Penyiasatan aduan n. Pelaksanaan piagam pelanggan o. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti latihan hospital p. Jawatankuasa jawatankuasa yang dipengerusikan oleh pengarah hospital q. Lain-lain tugas yang diarah oleh pihak atasan
Dr. Esmar Abd. Hamid 15 Julai 2010 - 14 September 2015 (Pengarah Tetap)
Dr Liew On Heong 26 April 2010 - 15 Julai 2010 (Menanggung Tugas)
Tuan Haji Mohd Zulkifli Bin Mohd Tahir 01 Disember 2006 - 26 April 2010 (Pengarah Tetap)
Dr Breithner G Johniu 22 November 2005 - 30 November 2006 (Menanggung Tugas)
Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.
Hubungi Kami
Alamat ::
Hospital Kuala Penyu, WDT No 35, 89747,
Kuala Penyu Sabah
MALAYSIA
GPS ::
5.561566, 115.585295
No Telefon ::
087-853100
No Faks ::
087-884212
Emel ::
hkp[at]moh.gov.my