Pengenalan Unit Kejuruteraan Operasi Hospital Kuala Penyu terdiri daripada kakitangan teknikal berkaitan kejuruteraan seperti jurutera dan penolong jurutera pelbagai bidang.
Pewujudan perjawatan jurutera dan penolong jurutera pelbagai bidang iaitu Awam, Mekanikal, Elektrikal dan Elektronik. Ini adalah perlu dalam memberi khidmat nasihat teknikal yang spesifik mengikut skop masing-masing, bagi memenuhi skop kategori Perkhidmatan Sokongan Hospital yang diberi iaitu Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS), Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS), Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS), Perkhidmatan Pengurusan Pendobian dan Linen (LLS) serta Perkhidmatan Pencucian (CLS)
Selain daripada itu khidmat nasihat dalam projek-projek pembangunan juga turut diberikan bagi memastikan setiap aspek teknikal adalah berpandukan kepada pematuhan terhadap arahan kerja serta prosedur yang betul.
Skop Perkhidmatan Bertanggungjawab untuk memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pendobian (LLS), pencucian (CLS), pengurusan sisa-sisa klinikal (CWMS), kejuruteraan fasiliti (FEMS) dan kejuruteraan biomedikal (BEMS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.
Objektif
Memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pendobian, pencucian, pengurusan sisa-sisa klinikal, kejuruteraan fasiliti, dan kejuruteraan biomedikal agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.
Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.
Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan adalah cekap dan selamat.
Visi Unit kejuruteraan akan menjadi sebuah unit yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan pelbagai bidang yang menjurus kepada menjadikan institusi perubatan sebuah institusi yang cekap dan efision dalam persekitaran yang kondusif dan selamat serta moden.
Misi Sentiasa berusaha untuk memastikan penswastaan khidmat sokongan hospital yang diberi oleh syarikat konsesi memberi manfaat yang sepenuhnya kepada institusi kesihatan khususnya dan dapat membantu menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi kepada pelanggan amnya.
Piagam Pelanggan
Memberi respon terhadap aduan kritikal serta merta
Memberi respon terhadap aduan bersurat dalam 1 hari
Menangani aduan awam (umum) dengan profesional dan dalam masa 48 jam.
Membantu menjalankan pemantauan ke atas kualiti dan kesempurnaan serta kekompetenan operasi penyelenggaraan oleh Syarikat Konsesi dari semasa ke semasa.
Pemantauan dan penyelarasan khidmat sokongan hospital berjalan dengan lancar.
Membantu menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal dari semasa ke semasa.
Membantu menyediakan ‘Sijil Perakuan Pelupusan’ (PEP) bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal yang berkaitan, apabila perlu.
Membantu menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan kejadian dan aduan bagi perkhidmatan Kejuruteraan Hospital dari semasa ke semasa.
Membantu menyemak bil/inbois untuk pengesahan pengesahan bayaran atau penalti sebulan sekali.
Mengurus Mesyuarat Pegawai Pengantara dan Mesyuarat Jawatankuasa Validasi seperti yang telah dirancang.
Clinical Waste Management (CWMS) Skop Perkhidmatan CWM
Pengasingan secara menyeluruh sisa klinikal termasuk penkelasan dan penjadualan pengumpulan dan pelupusan diserahkan kepada incinerator yang berlesen dan menggunakan jentera yang sesuai.
Semua peralatan dan barangan digunakan berdasarkan keperluan dan piawai yang telah ditetapkan.
Semua prosidur bersangkut paut dengan perkhidmatan mesti mematuhi keperluan pengawalan DOE.
Linen and Laundry Servies (LLS) Skop Perkhidmatan LLS
Barangan dan bahan linen diselaraskan piawaiannya bagi seluruh Negara dan memastikan bekalan linen mencukupi.
Kualiti pendobian hendaklah berdasarkan piawaian yang diluluskan dan diperakui di peringkat antarabangsa.
Proses pengumpulan dan pengankutan linen yang tercemar dan penghantaran linen yang bersih dilakukan berdasarkan prosidur yang terperinci.
Cleansing Services (CLS) Skop perkhidmatan CLS
Proses pembersihan dilakukan oleh petugas yang terlatih meliputi semua kawasan dengan menggunakan peralatan yang sepatutnya dan bahan kimia yang mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan.
Barangan dibekalkan di semua kawasan, termasuk kawasan awam dalam kuantiti yang diperlukan.
Perkhidmatan termasuk mengumpul sisa klinikal melalui kaedah yang betul dan menggunakan peralatan yang sewajarnya dan memperuntukan fasiliti untuk dijadikan pusat penyimpanan.
Facility Engineering Maintenance Services (FEMS) Skop Perkhidmatan FEMS
Melaksanakan penyenggaraan yang menyeluruh dan pelan
penyenggaraan pencegahan menurut jadual yang telah ditetapkan.
Masa bertindak dan uptime adalah berdasarkan keperluan.
Melaksanakan program mutu jaminan (QAP) terhadap semua sistem dan peralatan.
Membentuk dan menselenggarakan pustaka bagi menyimpan secara selamat lukisan, manual dan dokumen lain yang berkaitan perkhidmatan.
Mengendali latihan kepada pengguna.
Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS) Skop Perkhidmatan BEMS
Melaksanakan penyenggaraan yang menyeluruh dan pelan penyenggaraan pencegahan menurut jadual yang telah ditetapkan.
Masa bertindak dan uptime adalah berdasarkan keperluan.
Melaksanakan program mutu jaminan (QAP) terhadap semua sistem dan peralatan.
Membentuk dan menselenggarakan pustaka bagi menyimpan secara selamat lukisan, manual dan dokumen lain yang berkaitan perkhidmatan.
Mengendali latihan kepada pengguna.
Prosidur yang terperinci untuk bahan berbahaya dan peralatan yang tercemar.
Mengawasi ujian penerimaan, karektor/ujian keselamatan dan prestasi.
Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.
Hubungi Kami
Alamat ::
Hospital Kuala Penyu, WDT No 35, 89747,
Kuala Penyu Sabah
MALAYSIA
GPS ::
5.561566, 115.585295
No Telefon ::
087-853100
No Faks ::
087-884212
Emel ::
hkp[at]moh.gov.my