Pensijilan MS-ISO 9001:2015 HKP
Pencapaian
08-Mar-2018
876 Hits
Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Hospital Kuala Penyu dan semua ahli Jawatankuasa ISO HKP.
Sukacita dimaklumkan, Hospital Kuala Penyu telah berjaya mendapat
Pensijilan MS-ISO 9001:2015 selama 3 Tahun bermula dari 22 Oktober 2015 sehingga 21 Oktober 2018 daripada Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) QAS International Sdn Bhd. Persijilan ini telah dikeluarkan pada 12 Disember 2017 yang lepas.
Skop Pensijilan ini adalah merangkumi Perkhidmatan Kesihatan Merangkumi Rawatan Pesakit, Khidmat Sokongan Klinikal dan Bukan Klinikal.
Pensijilan ini merupakan naik taraf
Pensijilan MS-ISO 9001:2008 Hospital Kuala Penyu yang bermula dari 22 Oktober 2015 sehingga 14 September 2018 juga daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd
Audit Pensijilan ini telah dilakukan pada tahun lalu iaitu pada
30 Oktober 2017 sehingga 1 Nov 2017 yang lalu oleh wakil SIRIM di Hospital Kuala Penyu.
Semoga pencapaian ini dapat dikekalkan pada masa akan datang. HKP bakal diaudit sekali lagi pada tahun 2018 oleh pihak SIRIM untuk audit pematuhan.
Tags:
HKP
Kualiti
pencapaian
ms-iso