Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Hospital Kuala Penyu
Program Hospital
14-Jul-2010
2894 Hits
Satu Majlis Penyerahan Tugas Pemangku Pengarah
Dr Liew On Heong Kepada Pengarah Hospital Kuala Penyu yang baru iaitu
Dr Esmar Abdul Hamid telah diadakan diruang legar Jabatan Pesakit Luar Hospital pada hari ini 15 Julai 2010 pada jam 10 pagi sebentar tadi.
Majlis penyerahan ini disaksikan oleh
Dr Irene Chau, Ketua Unit Kualiti Penjagaan Kesihatan dan Aset Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang mewakili Dr Tan Enoch, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Bahagian Perubatan.
Di kesempatan ini, seluruh warga Hospital Kuala Penyu mengucapkan Selamat Datang kepada Pengarah Hospital Kuala Penyu yang baru, Dr Esmar Abdul Hamid. Selamat menjalankan tugas !!
Salam perpisahan buat Pemangku Pengarah, Dr Liew On Heong dan selamat bertugas di jabatan yang baru. Segala jasa dan bakti yang telah di taburkan untuk Hospital Kuala Penyu amatlah dihargai.
Tags:
pengarah
penyerahan
tugas
esmar
liew-on-heong