Sukacita dimaklumkan Portal Hospital Kuala Penyu telah berjaya menjadi Johan dalam Penilaian Portal Laman Web Peringkat PTJ Jabatan Kesihatan Negeri Sabah tahun 2011. Penilaian ini dibuat meliputi semua PTJ JKN Sabah yang mempunyai laman web iaitu termasuk Hospital dan Pejabat Kesihatan Kawasan.
Pada 28 Julai 2011 bersamaan dengan hari Khamis, Hospital Kuala Penyu telah menerima sumbangan 4 buah kerusi roda dari Majlis Tindakan Pejabat Daerah Kuala Penyu.
Setelah sekian lama membuat persediaan untuk pengiktirafan akreditasi, akhirnya pada 21 sehingga 23 Jun 2011 yang lalu, Penilaian Akreditasi untuk kali pertama Hospital Kuala Penyu bagi pensijilan akreditasi telah dijalankan oleh pihak Malaysian Society Quality For Health (MSQH). Empat panel...
Pada 5 Jun 2011 bersamaan dengan hari Ahad yang lalu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Hajjah Zailan Binti Dato’ Haji Adnan berserta dengan rombongan telah membuat lawatan kerja ke Hospital Kuala Penyu.
Bengkel Pengurusan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada semua AJK JKKP Hospital Kuala Penyu (HKP) khasnya dan warga HKP amnya tentang apa itu JKKP.