Pengenalan Hospital Kuala Penyu
Profil HKP
Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.
Hospital Kuala Penyu mula dibina pada 03hb Julai 2001 di kawasan seluas 30.19 ekar yang melibatkan kos pembinaan bernilai RM76 juta. Ia merupakan salah satu projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-7. Ia siap dibina pada 30hb Mei 2005 dan mula beroperasi pada
28 Februari 2006Hospital Kuala Penyu sebenarnya mampu memuatkan sebanyak 72 katil, namun pada masa kini hanya 48 katil disediakan. Dilengkapi dengan peralatan hospital yang terkini. Kompleks hospital terdiri dari :
- Kompleks Perubatan
- Bangunan Kuarters (44 Unit)
- Asrama Jururawat (21 Unit)
- Gelanggang Sukan
- Helipad
- Tempat letak kenderaan
Selain itu, untuk memberi keselesaan kepada orang ramai, kemudahan awam turut disediakan di Hospital Kuala Penyu seperti:
- Mesin ATM
- Surau
- Taman Terapeutik
- Kantin
Senarai-senarai unit yang terdapat di Hospital Kuala Penyu adalah seperti berikut:
Bahagian Klinikal- Jabatan Kecemasan & Trauma
- Jabatan Pesakit Luar
- Dewan Bersalin
- Wad Lelaki
- Wad Perempuan
- Wad Kanak-kanak
- Dewan Bedah
- Unit Hemodialisis
Bahagian Sokongan Klinikal- Jabatan Farmasi
- Unit Kejururawatan
- Unit Penolong Pegawai Perubatan
- Unit Patologi dan Tabung Darah
- Unit Radiologi
- Unit Bekalan Steril
- Unit Kawalan Infeksi
- Unit Rekod Perubatan
- Unit Fisioterapi
- Unit Pemulihan Cara Kerja
- Unit Kerja Sosial Perubatan
- Unit Sajian
Bahagian Pengurusan- Unit Perkhidmatan
- Unit Kualiti
- Unit Kewangan
- Unit Kejuruteraan Operasi
- Unit Teknologi Maklumat
Tags:
HKP
Unit
hospital
perkhidmatan
pengenalan
kemudahan
profil