(http://hkp.moh.gov.my)

Lawatan Penyeliaan Nursing JKNS 2013
Lawatan Penyeliaan Ketua Penyelia Jururawat Negeri Unit Kejururawatan JKNS ke HKP
Category : Lawatan | Published by Hospital Kuala Penyu on 09-Jan-2013

Pada 9 Januari yang lalu, Ketua Penyelia Jururawat Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), KPJN Maura Ewot yang diringi oleh PJ Sania Laimba dan PJ Latifah Muh Noor dari Unit Kejururawatan JKNS telah membuat lawatan penyeliaan ke Hospital Kuala Penyu.

Hospital Kuala Penyu merupakan antara salah satu dari empat Hospital yang dilawat oleh rombongan ini. Hospital lain adalah Hospital Papar, Sipitang dan Hospital Beaufort. Tujuan lawatan penyeliaan ini adalah untuk memperkasakan perlaksanaan program,aktiviti dan amalan jururawat di hospital.

Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah presentation mengenai pencapaian program dan aktiviti Hospital Kuala Penyu, amanat oleh KPJN, ceramah dan dialog serta lawatan ke wad-wad Hospital Kuala Penyu dan sebagainya