(http://hkp.moh.gov.my)

Majlis Sambutan Krismas. Tahun Baru, Tahun Baru Cina dan Jasamu Dikenang 2013
Majlis Sambutan Krismas, Tahun Baru, Tahun Baru Cina & Jasamu Dikenang Hospital Kuala Penyu 2013
Category : Majlis Sambutan | Published by Hospital Kuala Penyu on 25-Jan-2013

Pada 25 Januari 2013 yang lalu bertempat di Ruang Legar Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Penyu, satu Majlis Sambutan Krismas, Tahun Baru, Tahun Baru Cina & Jasamu Dikenang Hospital Kuala Penyu telah diadakan. Majlis yang bermula 7.00 malam ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Penyu, Encik Dirih @ Sebastian Anjim.

Tujuan utama majlis ini adalah untuk merayakan rakan-rakan yang menyambut Krismas, Tahun Baru Cina dan tidak lupa bagi mengenang jasa semua staf di samping memupuk semangat perpaduan di kalangan warga Hospital Kuala Penyu. Antara yang hadir memeriahkan majlis adalah YB John Teo Mau Sing ADUN N26 Daerah Kuala Penyu beserta Pengarah Hospital Kuala Penyu Dr. Esmar Bin Hj. Abdul Hamid dan Ahli-Ahli Lembaga Pelawat Hospital iaitu Encik Juin Bin Tannyuh @ Jackson dan Encik Tseu Yin Khee @ Peter.

Majlis sambutan diselitkan dengan cabutan pengunjung bertuah dengan hadiah utama yang telah disumbangkan oleh Pengarah Hospital, Dr.Esmar Bin Haji Abdul Hamid. Beberapa hadiah berupa hamper turut disumbangkan oleh Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan setiap unit. Antara acara yang berlangsung selain jamuan makan ialah pemotongan kek, pemberian angpau dan hadiah kepada kanak-kanak, pertandingan karaoke, musical chair, King and Queen Of The Night dan hadiah misteri.

Majlis bersurai pada kira-kira jam 11.00 malam dan telah berlangsung dengan meriah dan harmoni.