(http://hkp.moh.gov.my)

EKSA 2019
HKP berjaya mendapat Pensijilan EKSA Cemerlang Tahun 2019
Category : Pencapaian | Published by HKP on 17-Sep-2019

Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Hospital Kuala Penyu (HKP) dan semua ahli Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) HKP

Sukacita dimaklumkan, Hospital Kuala Penyu telah berjaya mendapat Persijilan Kategori Cemerlang Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) selama 3 Tahun bermula dari 15 September 2019 sehingga14 September 2021 daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Audit Pensijilan ini telah dilakukan di Hospital Kuala Penyu pada tahun lalu iaitu pada 12 - 13 November 2018 oleh wakil MAMPU Cawangan Sabah. EKSA merupakan penjenamaan semula amalan 5S yang diamalkan oleh sektor awam kerajaan bagi mewujudkan persekitaran dan tempat kerja yang kondusif.

Untuk rekod, persijilan EKSA cemerlang ini adalah kali kedua bagi Hospital Kuala Penyu setelah mendapat persjiilan EKSA cemerlang buat pertama kali untuk tempoh 1 Disember 2016 - 30 November 2018.

Laporan Disediakan
Jawatankuasa Promosi EKSA
Hospital Kuala Penyu