(http://hkp.moh.gov.my)

Hari Bertemu Pelanggan HKP 2019
Hari Bertemu Pelanggan HKP 2019
Category : Program Hospital | Published by Hospital Kuala Penyu on 21-Oct-2019

KUALA PENYU - Pada Selasa 15 Oktober 2019 yang lalu, Hari Bertemu Pelanggan Hospital Kuala Penyu (HKP) Tahun 2019 telah diadakan.

Seiring dengan tema Hari Bertemu Pelanggan HKP pada tahun ini iaitu The Family and Diabetes, objektif penganjuran Hari Bertemu Pelanggan ini adalah seperti berikut
Acara Hari Bertemu Pelanggan ini telah dimulakan pada 8.00 pagi dengan Gimik Pelancaran Berjalan Kaki Mengelilingi Hospital. Perasmian majlis telah dilakukan sejurus itu oleh Dr. Mohd. Suffian Bin Laupa selaku Timbalan Pengarah Hospital Kuala Penyu.

Majlis turut dihadiri dan dimeriahkan dengan kehadiran Ahli-Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Penyu diketuai Pengerusi ALP HKP Tuan Jafari Kunin

Seterusnya Ceramah Kesihatan mengenai Diabetes Melitus disampaikan oleh Dr. Tan Kah Kheng serta Ceramah Pemakanan Pesakit DM oleh Pegawai Dietetik dari Hospital Beaufort, Cik Lee Ying Hui. Tayangan Video Penjagaan Kaki Pesakit DM turut dipaparkan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada hadirin mengenai DM

Manakala, persembahan Hand Hygiene Dance yang diselaraskan oleh Unit Kawalan Infeksi HKP turut dipersembahkan sebagai panduan untuk ramai orang ramai bagi melakukan penyucian tangan yang betul

Antara kaunter-kaunter perkhidmatan yang telah dibuka sempena Hari Bertemu Pelanggan ini adalah seperti Kaunter Pemeriksaan Kesihatan, Kaunter Derma Darah, Kaunter Berhenti Merokok,Kaunter Cadangan / Penghargaan, , Kaunter Patient & Family Rights dan sebagainya. Selain daripada itu unit-unit lain dari Hospital Kuala Penyu, Klinik Pergigian Hospital Kuala Penyu dan pihak Perkhidmatan Sokongan Hospital, Syarikat Sedafiat Sdn Bhd turut membuka kaunter untuk dikunjungi oleh pelanggan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian penghargaan kepada Pesakit Diabetes Melitus dan kepada orang awam yang berjaya berhenti merokok Tahun 2018 serta Penyampaian Sijil Pelantikan kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital serta lawatan ke Tapak Pameran.