(http://hkp.moh.gov.my)

Kursus Gaya Hidup Sihat HKP 2019
Kursus Gaya Hidup Sihat HKP 2019
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 18-Apr-2019

KUALA PENYU - Jawatankuasa Antidadah, Hospital Kuala Penyu dengan kerjasama Jawatankuasa Antidadah Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort telah mengadakan Kursus Gaya Hidup Sihat pada 17 April 2019 bertempat di Bilik Seminar Utama HKP. Penyertaan adalah seramai 50 orang peserta dan urusetia dari kalangan anggota Hospital Kuala Penyu dan Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort seperti dari Klinik Kesihatan Membakut, Klinik Kesihatan Menumbok, KKIA Kuala Penyu, Klinik Kota Klias dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Penyu.

Jawatankuasa Pelaksana terdiri dari:

Penaung :
Dr Sabariah Binti Mohamad Sa’ad

Penyelaras :
Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus (Ketua Pegawai Farmasi)

Penyelaras bersama PKK Beaufort :
Dr Priscilla Joneh dan En. Ahmad Zamani Ab. Halim

Urusetia :
Jawatankuasa Antidadah,Hospital Kuala Penyu

Penceramah :
1) Insp. Mohamad Ariff Bin Jali ( Bahagian Narkotik, PDRM Beaufort)
2) En. Yusli Bin Mining (AADK, Beaufort)
3) Dr. Mohamad Fadli Bin Ariffin Tait (Pegawai Perubatan UD 44, HKP)
4) Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus (Ketua Pegawai Farmasi,HKP)

Tajuk ceramah :
1) Hidup Bahagia Tanpa Pengaruh Dadah
2) Dadah dan Bahaya Penyalahgunaannya
3) Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
4) Kesihatan Mental Dan Kecergasan.

Pameran :
1) AADK
2) Kenali Ubat Anda oleh Farmasi ,HKP

Objektif Kursus:
Mempertingkatkan kesedaran bahaya dadah ancaman penggunaan dadah,rokok,alkohol dan sebagainya
Membina kekuatan dalaman anggota dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok,alcohol, inhalan dan penyakit HIV/AIDS.
Membentuk Gaya Hidup Sihat.

Kursus ini mencapai objektif terutamanya kepada penjawat awam untuk menjalani gaya hidup sihat . Pameran yang dijalankan di Lobi Utama berhampiran Jabatan Pesakit Luar juga dapat memberi informasi terkini kepada kakitangan dan orang awam. Semua peserta memberikan maklumbalas yang positif dan menyarankan kursus seperti ini dijalankan secara berkala setiap tahun .

Laporan disediakan:
Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus
Ketua Pegawai Farmasi,
Hospital Kuala Penyu