(http://hkp.moh.gov.my)

Majlis Serah Tugas Pengarah 2019
Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Hospital Kuala Penyu 2019
Category : Program Hospital | Published by Hospital Kuala Penyu on 24-Jul-2019

KUALA PENYU -Pada 24 Julai 2019 yang lalu, Majlis Penyerahan tugas di antara Pengarah Hospital Kuala Penyu, Dr. Sabariah Binti Mohamad Sa'ad dan Dr. Mohd. Suffian Bin Laupa, Timbalan Pengarah Hospital Kuala Penyu telah berlangsung dengan rasminya di Bilik Mesyuarat Utama Hospital Kuala Penyu (HKP).

Dr. Mohd. Suffian Bin Laupa telah ditugaskan untuk menggalas tanggungjawab Pengarah selaku Timbalan Pengarah di Hospital Kuala Penyu bagi menggantikan Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad yang akan menyambung pengajian di Philippines.

Sesi Penyerahan Tugas yang dilakukan secara ringkas ini telah disaksikan oleh wakil Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Matron Ebba Gondilau serta Ketua-Ketua Unit, anggota-anggota HKP dan wakil Perkhidmatan Sokongan Hospital (HSS).

Seluruh warga Hospital Kuala Penyu merakamkan Selamat Maju Jaya dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Pengarah, Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad atas jasa beliau selama berada di Hospital Kuala Penyu dan Selamat Menjalankan Tugas diucapkan kepada Timbalan Pengarah Hospital Kuala Penyu, Dr. Mohd. Suffian Bin Laupa