(http://hkp.moh.gov.my)

Penilaian Akreditasi HKP 2019
Penilaian Akreditasi Pusingan Ke-3 di HKP oleh MSQH Tahun 2019
Category : Program Audit | Published by Hospital Kuala Penyu on 23-Jul-2019

KUALA PENYU - Pada 22 hingga 24 Julai 2019 bertempat di Hospital Kuala Penyu, Program Penilaian Akreditasi Hospital Kuala Penyu oleh Malaysian Society Quality For Health (MSQH) telah diadakan. Untuk rekod ini merupakan audit akreditasi pusingan ke-3 untuk Hospital Kuala Penyu setelah mendapat Persijilan Akreditasi MSQH selama 3 Tahun buat pertama kalinya pada 24 Jun 2011 sehingga 23 Jun 2014 dan dari 20 Ogos 2015 sehingga 19 Ogos 2019.

Akreditasi adalah merupakan satu proses penilaian taraf perkhidmatan kesihatan dengan piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Akreditasi bukanlah sekadar proses untuk mendapat pengiktirafan namun ia menjurus untuk membantu sesebuah hospital itu untuk menyediakan perkhidmatan jagaan yang terbaik kepada pesakit iaitu mendapat hasil yang optima dengan menggunakan sumber yang ada.

Program Penilaian Akreditasi MSQH di Hospital Kuala Penyu bagi pusingan ketiga ini telah dikendalikan oleh Pasukan Panel Penilai Akreditasi MSQH yang terdiri daripada



Sepanjang 3 hari program, Pasukan Panel Penilai Akreditasi MSQH telah meronda seluruh unit dan kawasan Hospital Kuala Penyu dan juga menemuramah anggota dan ketua-ketua Unit Hospital Kuala Penyu serta anggota Perkhidmatan Sokongan Hospital (HSS) bagi melakukan penilaian seterusnya menetapkan piawaian untuk Hospital Kuala Penyu.

Di akhir program iaitu pada petang 24hb Julai 2019, setiap panel penilai telah melakukan pembentangan mengenai penemuan-penemuan mereka sepanjang program penilaian dalam Summation Conference. Wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan wakil dari beberapa Hospital seluruh Sabah juga telah hadir bersama anggota-anggota dan Ketua-ketua Unit Hospital Kuala Penyu serta wakil Perkhidmatan Sokongan Hospital (HSS) mendengar laporan penemuan pada petang itu.

Program Penilaian selama 3 hari oleh MSQH ini telah sedikit sebanyak membantu Hospital Kuala Penyu dalam penambahbaikan kualiti perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan hospital.

Program diakhiri dengan penyampaian sesi bergambar dan jamuan ringan.